Tuesday, December 7, 2010

HIKT

Prolog
Biarlah tak siapa yang tahu....
24 April 2010

Dihadapan banggunan yang tersegam indah, Elia berdiri memerhatikan kawasan sekeliling . Tidak sabar rasanya untuk memulakan hari baru. Dengan melafazkan basmallah, Elia melangkah masuk ke Pagar A sekolah beliau. Keramat Valley High School, Kuala Lumpur. Hanya beberapa kilometer dari rumahnya.

"Mya! Mya!" Elia terlihat kelibat salah seorang rakan karibnya. Noor Myasara Binti Mohd Zainal, lebih di kenali sebagai Mya.Mya berpaling kearah Elia sambil menguntumkan senyuman. "Baru sampai ke? Dah lewat ni. Jom pergi ke dewan. Cikgu kata hari ni ada Bengkel menjawab soalan geografi tingkatan 1." Ucap Mya .

Hari ni Mya sahaja rakan karibnya yang hadir ke sekolah. Lagipun hari ni hari sabtu. Tidak ramai yang hadir pada hari sekolah ganti. Tambahan pula pengawas sekolah sedang mengadakan kem di Hulu Langat pada hari ini. Termasuk rakan karibnya yang sentiasa bersama , Nur Fisha Binti Hasfizi . Mereka bagaikan belangkas. Ha , murid tingkatan 1 pula dikecualikan untuk menghadiri sekolah ganti. Semakin berkurang lah murid yang hadir.

"Saya nak mintak tolong murid lelaki 5-6 orang angkat buku teks geografi tingkatan 1. Siapa nak tolong saya ni?" Ucap cikgu Misbah Murni apabila melangkah masuk ke dalam dewan. Ramai murid yang sedang berbaris mengikut kelas masing-masing.
"Ehh, bila mintak tolong, takde siapa pun nak tolong. Kalau bagi upah, laju je. Hmm , yela ,, Siapa tolong nanti saya bagi upah." cikgu sekolah sekarang dah cukup masak dengan perangai mereka ni . Memang laju la semua serahkan diri. Upah punya pasal. Apa nak jadi..

Pembentangan Ulangkaji Geografi  Kumpulan telah dibahagikan. Masa yang dinanti-nanti . Setiap kumpulan menghantar 3 orang wakil ke depan. Seorang murid lelaki yang tidak 'familiar' bagi Elia sedang asyik membentangkan hasil kerja kumpulan beliau . Tutur caranya lagak seperti seorang Pakar motivasi. Suaranya yang serak tanpa memerlukan bantuan pembesar suara telah memegunkan sesiapa sahaja. Ingat Elia kembali berputar mengenangkan kisah lima tahun yang lalu ...

2 comments:

  1. nak buat novel kee..??? intro dye best lorhh...
    :D
    nak jd follower nie..
    http://shidaluvlaugh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Haha . ni sesaje je . Kalau boleh mmg la nk cube gak dlm bidang ni . Keh3 . terima kasih ye :)

    ReplyDelete