Monday, July 30, 2012

HIKT 2

BAB 2

Aku bukan lemah tanpa cinta..

Elia merenung ke siling bilik tidurnya. Rasa rugi pula habiskan cuti seminggu terperap dalam rumah. Petang ni taktahu nak buat apa lah. Bila kerja, penat. Bila dah dapat cuti rasa boring pula duduk  rumah je. Mana taknya, Elia sorang je duduk dalam rumah teres dua tingkat yang terletak di Damansara ni. Tiada teman untuk berbicara. Elia selalu menghabiskan masa menonton drama korea. Agak dia dah boring, Eqa la jadi mangsa dia nak bergayut.

Arghh fed up la.Elia beralih ke balkoni. Menghirup udara segar. Walupun sebenarnya tak sesegar mana. Standard ah tu bandar banyak asap kereta kot! Huhu. Cuaca segar membuatkan dia rasa nak pergi jogging di petang hari. Lantas Elia menukar pakaian yang sesuai. Hmm, ajak Eqa jogging sekali pun cun jugak ni! Segera iPhone kesayangan aku capai. 

"Eqa! Eqa!" Aku memulakan bicara. Makcik ni bukan boleh percaya. Petang ni mesti membongkang lagi. Okay jugak aku terjah dia kan.

"Hoi, agak-agak ah. Kasi salam dulu. Terkezut nyah" Dalam keadaan mamai Eqa menjawab.

"Haha blah la kau nak sound aku tak bagi salam. Selama hari ni macam kau bagi salam sangat bila call aku. Puihhh"

"Yelah kau ni.. Nak menang jugak tu. Hambek! Ni ada apa call aku? Rindu eh eh eh?" Eqa  buat suara gedik dia la tu!

"Kau baru lepas membutakan? Jom segarkan diri, Jogging!"

"Shuishh, manada aku membuta. Aku pejam mata tenangkan fikiran je kot. Haha. Jogging? Malas. Dekat je pun kan? Kalau kau belanja aku holiday jauh-jauh mau jugak aku join" Eqa ni nak loyar buruk dengan aku pulak. Mula lah tu sewel dia.

"Banyak kau punya holiday. Kau jangan nak demand dengan aku. Jom wey. Can ah? Taman tasik titiwangsa. Jauh pe tu. " Aku separuh merayu. 

"No thanks. Actually aku dah janji dengan Haniff nak dinner malam ni" 

"Cehh, tu malam kot. Aku ajak petang"

"Yelaah, nanti sampai rumah lambat. Aku dah la kalau bersiap lama"  

"Iya la tu. Alasan je lebih. Okay la. Aku pergi jogging sorang je. Kalau aku jumpa Mr right kat sana, kau jangan jealous!" Ish, Ayat pancing je tu. 

"Eleh, nak jealous buat apa? Haniff nak campak mana?"

"Tak jealous konon. Takpe2. Dah la. Aku nak blah. Kirim salam kat Haniff kesayangan kau tu!" Aku terus mematikan talian. Kunci kereta diambil.




Pelan rumah yang telah disiapkan selama berbulan-bulan itu ditatap. Rizqi tidak menyangka pelan yang direkanya ditolak oleh Datuk Aiman Hisham, Papanya sendiri. Akibat itu, Rizqi murung sepanjang hari. Hari ni dia minta cuti. Biar lah papa nak cakap apa pun. Sampai hati dia tolak pelan aku? Bersusah payah aku mengerah otak nak dapatkan projek tu. Sekali kena reject. Projek tu lepas kat tangan Nazman senang-senang je.  Ikutkan pelan rumah aku lagi bagus! Arghh. Rizqi keluar dari rumah untuk mencari udara segar.

 "Aku perlukan ketenangan!" Rizqi menjerit sekuat hati. Kereta Porsche hitam milik Rizqi meninggalkan perkarangan Villa Datuk Hisham.




Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Elia memandu dijalan raya dengan penuh berhati-hati. Nak jadi pemandu berkhemah la katakan. Hikhik. Lagi 15 minit sampai la ni kat Taman Tasik Titiwangsa. Elia parkir kereta vios kepunyaannya. Memang payah nak cari parkir kat sini. Taman rekreasi terkenal kat KL ni, haruslah ramai orang datang beriadah. Tak terkecuali Elia sendiri.

'Time jogging dengar lagu layan gila ni' Aku monolog sendiri. Lantas aku menggeledah dashboard keretaku. Usha la kot-kot ada earphone dalam tu. Ha, Taraaa! Adaa pun. Ish, takkan dah jumpanya earphone tu  tengok je? Pakai la, pakai! Seterusnya, Shuffle lagu dalam iPhone. Okay, Cantik. Jom start jogging.

Taman Tasik Titiwangsa. Segar la sikit tempat ni berbanding kat damansara tu. Kalau tidak, baik aku jogging kat taman perumahan rumah aku tu je kan kan? Dushh! Sedang asyik menegangkan otot di bangku yang disediakan, aku rasa macam aku ter'lempang' something je. Segera aku berpusing badan. Actually bukan something tapi someone! Ya Allah. Hensem gila. Tak pasal free-free kena tangan aku.