Monday, July 30, 2012

HIKT 2

BAB 2

Aku bukan lemah tanpa cinta..

Elia merenung ke siling bilik tidurnya. Rasa rugi pula habiskan cuti seminggu terperap dalam rumah. Petang ni taktahu nak buat apa lah. Bila kerja, penat. Bila dah dapat cuti rasa boring pula duduk  rumah je. Mana taknya, Elia sorang je duduk dalam rumah teres dua tingkat yang terletak di Damansara ni. Tiada teman untuk berbicara. Elia selalu menghabiskan masa menonton drama korea. Agak dia dah boring, Eqa la jadi mangsa dia nak bergayut.

Arghh fed up la.Elia beralih ke balkoni. Menghirup udara segar. Walupun sebenarnya tak sesegar mana. Standard ah tu bandar banyak asap kereta kot! Huhu. Cuaca segar membuatkan dia rasa nak pergi jogging di petang hari. Lantas Elia menukar pakaian yang sesuai. Hmm, ajak Eqa jogging sekali pun cun jugak ni! Segera iPhone kesayangan aku capai. 

"Eqa! Eqa!" Aku memulakan bicara. Makcik ni bukan boleh percaya. Petang ni mesti membongkang lagi. Okay jugak aku terjah dia kan.

"Hoi, agak-agak ah. Kasi salam dulu. Terkezut nyah" Dalam keadaan mamai Eqa menjawab.

"Haha blah la kau nak sound aku tak bagi salam. Selama hari ni macam kau bagi salam sangat bila call aku. Puihhh"

"Yelah kau ni.. Nak menang jugak tu. Hambek! Ni ada apa call aku? Rindu eh eh eh?" Eqa  buat suara gedik dia la tu!

"Kau baru lepas membutakan? Jom segarkan diri, Jogging!"

"Shuishh, manada aku membuta. Aku pejam mata tenangkan fikiran je kot. Haha. Jogging? Malas. Dekat je pun kan? Kalau kau belanja aku holiday jauh-jauh mau jugak aku join" Eqa ni nak loyar buruk dengan aku pulak. Mula lah tu sewel dia.

"Banyak kau punya holiday. Kau jangan nak demand dengan aku. Jom wey. Can ah? Taman tasik titiwangsa. Jauh pe tu. " Aku separuh merayu. 

"No thanks. Actually aku dah janji dengan Haniff nak dinner malam ni" 

"Cehh, tu malam kot. Aku ajak petang"

"Yelaah, nanti sampai rumah lambat. Aku dah la kalau bersiap lama"  

"Iya la tu. Alasan je lebih. Okay la. Aku pergi jogging sorang je. Kalau aku jumpa Mr right kat sana, kau jangan jealous!" Ish, Ayat pancing je tu. 

"Eleh, nak jealous buat apa? Haniff nak campak mana?"

"Tak jealous konon. Takpe2. Dah la. Aku nak blah. Kirim salam kat Haniff kesayangan kau tu!" Aku terus mematikan talian. Kunci kereta diambil.




Pelan rumah yang telah disiapkan selama berbulan-bulan itu ditatap. Rizqi tidak menyangka pelan yang direkanya ditolak oleh Datuk Aiman Hisham, Papanya sendiri. Akibat itu, Rizqi murung sepanjang hari. Hari ni dia minta cuti. Biar lah papa nak cakap apa pun. Sampai hati dia tolak pelan aku? Bersusah payah aku mengerah otak nak dapatkan projek tu. Sekali kena reject. Projek tu lepas kat tangan Nazman senang-senang je.  Ikutkan pelan rumah aku lagi bagus! Arghh. Rizqi keluar dari rumah untuk mencari udara segar.

 "Aku perlukan ketenangan!" Rizqi menjerit sekuat hati. Kereta Porsche hitam milik Rizqi meninggalkan perkarangan Villa Datuk Hisham.




Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. Elia memandu dijalan raya dengan penuh berhati-hati. Nak jadi pemandu berkhemah la katakan. Hikhik. Lagi 15 minit sampai la ni kat Taman Tasik Titiwangsa. Elia parkir kereta vios kepunyaannya. Memang payah nak cari parkir kat sini. Taman rekreasi terkenal kat KL ni, haruslah ramai orang datang beriadah. Tak terkecuali Elia sendiri.

'Time jogging dengar lagu layan gila ni' Aku monolog sendiri. Lantas aku menggeledah dashboard keretaku. Usha la kot-kot ada earphone dalam tu. Ha, Taraaa! Adaa pun. Ish, takkan dah jumpanya earphone tu  tengok je? Pakai la, pakai! Seterusnya, Shuffle lagu dalam iPhone. Okay, Cantik. Jom start jogging.

Taman Tasik Titiwangsa. Segar la sikit tempat ni berbanding kat damansara tu. Kalau tidak, baik aku jogging kat taman perumahan rumah aku tu je kan kan? Dushh! Sedang asyik menegangkan otot di bangku yang disediakan, aku rasa macam aku ter'lempang' something je. Segera aku berpusing badan. Actually bukan something tapi someone! Ya Allah. Hensem gila. Tak pasal free-free kena tangan aku.

Sunday, April 24, 2011

HIKT 1

BAB 1


Melihatmu, hatiku tersenyum..


Haniff setia menanti Eqa di kafe berdekatan tempat kerjanya. 5 minit kemudian kelihatan lambaian tangan Eqa. Berbunga hati haniff dapat bertemu kekasih hatinya yang rindui .
"You, sorry I am late !" Tidak lekang senyuman dibibir Haniff .

"Hello ? Mengelamun pula dia ni." Eqa memetik jarinya dihadapan muka Haniff .

"Ehh , apa you cakap tadi?" Sedar Haniff dari lamunan .

"Takda pape lah. I cakap dengan kerusi tadi" Jawab Eqa selamba .

"Wahh, wahh. Dah pandai berinteraksi dengan kerusi ya? "Haniff tergelak kecil. Eqa yang tadinya bengang tidak dapat menahan tawa.

"Comel lah you gelak. I rindu sangat kat you " Serta merta tawa Eqa terhenti. Malu jadinya . Walaupun sudah lama berkawan , tetapi usia percintaan mereka baru dua bulan. Bagi Eqa , geli gelaman pun ada juga bila ada orang cakap rindu, rindu ni.

"Erkk ? You tak masuk office ke? Dah lewat ni, pukul 3 " soal Eqa bagi melepaskan diri daripada 'kegelian' .

"Tak kot. I kan bos. Hari ni I cuti. Penat lah kerja sana sini ." Jawapan yang menggelisahkan Elia. Tak pe, takpe. Terima jelah hakikatnya yang Eqa kena 'teman' kekasih dia hari ni. Masak kau !

  Lega hatiku dapat melarikan diri daripada sepasang kekasih yang hangat bercinta tu. Mana taknya, bila dah jumpa partner sehidup semati, kawan kat sebelah diendahkan. Dah macam tunggul kayu je tengok kan. Baik lah dia blah awal-awal. Mata pun tak sakit. 





  Aku  menyambung kerja yang tertangguh sebentar tadi. Penat juga otak dia nak perah idea bagi menyelesaikan kes penceraian yang dikendalikan. Kes itu akan dibicarakan beberapa minggu lagi. Dah setahun lebih aku menjadi penguam syarie. Alhamdulillah, banyak juga kes yang dah diselesaikan.

  Jam menunjukkan pukul 3 petang. "Haih, mana Eqa ni. Kalau dah jumpa pakwe, tak reti-reti nak masuk kerja. Ingat aku nak tolong selesaikan kes dia ke? Jangan haraplah."
Eqa dia sebelah Elia mengerut dahi. "Kutuk aku eh! Kantoi." Sedang asyik membebel itu dan ini, Eqa menyampuk "Dahla, sakit telinga aku. Tepi, aku nak sambung kerja. Membebel je makcik sorang ni."

  "Agak-agak ah nak panggil aku makcik. Sekeh kang." Marah Elia. Sensitif betul perempuan ni. "Haha, betul apa. Anak buah kau dah ramai. Mesti dorang panggil kau makcik. Tunggu anak kau je la, nanti takjadi la makcik dah.. Dah mak, mum, mummy, momok, zombie, pontianak semua tu. Hahaha" Gurau Eqa.

  Aku mengeluh. "Kau ni, aku kahwin pun tidak. Aku kan team forever alone. Lagi pun aku tak nak ada komitmen la. Tanggungjawab berat tu. Tengok kes cerai berai ni lagi la aku anti nak kahwin."

   "Takpe, nanti aku carikan Mr Right untuk kau." Tersengih-sengih Eqa memberi idea.

   "No thanks ye adik manis. Kau je la yang kahwin dulu. Langkah bendul apa salahnya." Akhirnya pecah tawa  mereka berdua. Bukan nak buat kerja diaorang ni. Berborak je lebih!

Tuesday, December 7, 2010

HIKT

Prolog
Biarlah tak siapa yang tahu....
24 April 2010

Dihadapan banggunan yang tersegam indah, Elia berdiri memerhatikan kawasan sekeliling . Tidak sabar rasanya untuk memulakan hari baru. Dengan melafazkan basmallah, Elia melangkah masuk ke Pagar A sekolah beliau. Keramat Valley High School, Kuala Lumpur. Hanya beberapa kilometer dari rumahnya.

"Mya! Mya!" Elia terlihat kelibat salah seorang rakan karibnya. Noor Myasara Binti Mohd Zainal, lebih di kenali sebagai Mya.Mya berpaling kearah Elia sambil menguntumkan senyuman. "Baru sampai ke? Dah lewat ni. Jom pergi ke dewan. Cikgu kata hari ni ada Bengkel menjawab soalan geografi tingkatan 1." Ucap Mya .

Hari ni Mya sahaja rakan karibnya yang hadir ke sekolah. Lagipun hari ni hari sabtu. Tidak ramai yang hadir pada hari sekolah ganti. Tambahan pula pengawas sekolah sedang mengadakan kem di Hulu Langat pada hari ini. Termasuk rakan karibnya yang sentiasa bersama , Nur Fisha Binti Hasfizi . Mereka bagaikan belangkas. Ha , murid tingkatan 1 pula dikecualikan untuk menghadiri sekolah ganti. Semakin berkurang lah murid yang hadir.

"Saya nak mintak tolong murid lelaki 5-6 orang angkat buku teks geografi tingkatan 1. Siapa nak tolong saya ni?" Ucap cikgu Misbah Murni apabila melangkah masuk ke dalam dewan. Ramai murid yang sedang berbaris mengikut kelas masing-masing.
"Ehh, bila mintak tolong, takde siapa pun nak tolong. Kalau bagi upah, laju je. Hmm , yela ,, Siapa tolong nanti saya bagi upah." cikgu sekolah sekarang dah cukup masak dengan perangai mereka ni . Memang laju la semua serahkan diri. Upah punya pasal. Apa nak jadi..

Pembentangan Ulangkaji Geografi  Kumpulan telah dibahagikan. Masa yang dinanti-nanti . Setiap kumpulan menghantar 3 orang wakil ke depan. Seorang murid lelaki yang tidak 'familiar' bagi Elia sedang asyik membentangkan hasil kerja kumpulan beliau . Tutur caranya lagak seperti seorang Pakar motivasi. Suaranya yang serak tanpa memerlukan bantuan pembesar suara telah memegunkan sesiapa sahaja. Ingat Elia kembali berputar mengenangkan kisah lima tahun yang lalu ...